Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rosenstein letak jawatan

    WASHINGTON, 30 April – Timbalan Peguam Negara Amerika Syarikat Rod Rosenstein menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Donald Trump pada Isnin, yang mengakhiri tempoh selama hampir dua tahun beliau terpaksa menangani hubungan tegang antara jabatan itu dengan Rumah Putih, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kandungan surat Rosenstein.

    Peletakan jawatan itu berkuat kuasa pada 11 Mei, menurut Rosenstein dalam suratnya.

    Ini memberikan Senat tempoh kurang dua minggu untuk mengesahkan Jeffrey Rosen, orang nombor dua Jabatan Pengangkutan yang dicalonkan Trump sebagai pengganti Rosenstein.

    Rosenstein adalah individu yang membuat keputusan untuk melantik Peguam Khas Robert Mueller, yang menjalankan penyiasatan selama dua tahun ke atas dakwaan terdapat campur tangan Rusia dalam kempen pilihan raya presiden 2016 serta pakatan antara pasukan kempen Trump dan Moscow yang telah menimbulkan kemarahan presiden itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda