Friday, December 8, 2023
26.6 C
Brunei

    -

    Rossa rakam semula lagu mendiang Glen

    Nada suara yang ceria pada awalnya bertukar sayu saat Datuk Seri Rossa mengimbau kenangan bersama penyanyi mendiang Glen Fredly yang menghembuskan nafas terakhir pada April 2020 akibat radang otak.

    Rossa mengaku pemergian penyanyi yang popular dengan lagu Januari itu cukup membekas dalam hatinya.

    Bagi Rossa, Glen bukan sekadar teman seperjuangan dalam bidang seni, malah, sahabat sejati.

    “Kami memulakan karier nyanyian bersama-sama. Ketika album pertama saya muncul, dia melancarkan bingkisan sulung. Mulai saat itu, kami jadi rapat dan sering berduet.

    “Glenn meninggalkan kita semua ketika pandemik COVID. Kehilangannya amat dirasai kerana beberapa bulan sebelum menghembuskan nafas terakhir, kami sempat berjumpa.

    “Atas dasar persahabatan itu, saya terfikir sebagai teman, apa yang patut saya lakukan untuk meneruskan legasinya. Saya kemudian memilih merakamkan kembali lagu Glen berjudul Sekali Ini Saja kerana ia adalah lagu kegemaran.

    “Saya pernah menyanyikan lagu itu di pentas konsert di Jakarta, Ogos lalu,” katanya pada sidang media Rossa 25th Shining Years Concert secara virtual, baru-baru ini.

    Konsert di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 2 November ini dianjurkan dengan kerjasama Inspire Production Indonesia, Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), Myvitalab dan Koperasi Prihatin Nasional (KOPENA).

    Ketika menyanyikan lagu bernada melankolik itu pada konsert meganya itu, tanpa disedari penyanyi yang mula meledak menerusi lagu Tegar ini mengalirkan air mata hingga tular dalam media sosial. – Agensi

    Bagi Rossa, Glen bukan sekadar teman seperjuangan dalam bidang seni, malah, sahabat sejati. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Undang-undang pilihan raya Hong Kong baharu tipiskan kumpulan calon

    HONG KONG, 8 DIS - Salah seorang ahli majlis pro-demokrasi Hong Kong yang paling lama berkhidmat menganjurkan parti perpisahan dengan penduduknya pada akhir Disember....