Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Rosyam optimis sektor kreatif pulih

    Kesuraman industri perfileman sejak penularan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu pernah membuatkan Datuk Rosyam Nor membuat andaian sektor kreatif tempatan bakal terkubur.

    Namun, melihat kejayaan dan sambutan memberangsangkan ke atas beberapa filem tempatan seperti Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dan Abang Long Fadil 3, pelakon dan penerbit berusia 55 tahun itu lega.

    Justeru, Rosyam yang muncul dalam filem produksi Singapura berjudul Deleted: Akan Ku Jejaki, bersama dua lagi aktor tempatan iaitu Fattah Amin dan Pablo Amirul, berharap filem arahan Ken Ng itu disukai ramai.

    “Tetapi besar harapan saya untuk melihat filem ini mendapat sambutan. Sama seperti Mat Kilau, tiada siapa menjangka filem itu mampu meraih kutipan hampir RM100 juta.

    “Saya harap Deleted berada dalam kelompok filem disukai kerana naskhah ini berbeza. Pengarahnya hebat, kami pernah bekerjasama menerusi filem Balistik sebelum ini.”

    Rosyam berpendapat ada filem mungkin gagal menarik perhatian ramai. “Orang hanya nampak filem yang berjaya meraih kutipan besar. Sedangkan, ada juga filem rugi.

    “Sebenarnya, penonton kita sudah semakin bijak. Mereka tidak mahu lagi filem remeh-temeh yang tidak ada isi atau sekadar filem.” tambahnya.

    Sebaliknya, Rosyam mengakui kehadiran pelapis dalam dunia lakonan adalah perlu, jika tidak, industri lakonan hanya dibanjiri bintang lama. Rosyam berpendapat industri kreatif memerlukan orang muda untuk menghiasi arena lakonan.

    Ditanya kehadiran bakat bahuru dunia lakonan, Rosyam yang pernah meraih trofi Bintang Paling Popular, tidak pernah menganggap kehadiran mereka suatu ancaman. – Agensi

    Rosyam berpendapat industri kreatif memerlukan orang muda untuk meghiasi arena lakonan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...