Rouhani sedia beri bantuan ke Lubnan

TEHRAN, 5 OGOS – Presiden Iran, Hassan Rouhani mengucapkan takziah dan akan memberikan sokongan perubatan kepada Lubnan setelah letupan besar berlaku di pelabuhan Beirut menghancurkan seluruh kawasan di bandar itu.

“Tehran bersedia menawarkan bantuan perubatan dan membantu merawat orang yang cedera dan bantuan lain,” tulis Rouhani dalam sebuah pesanan kepada rakannya di Lubnan, menurut laman web kerajaan.

Rouhani juga menyatakan berharap penyebab letupan maut itu dapat ditemui dan ketenangan dikembalikan ke Beirut secepat mungkin.

Pasukan Bulan Sabit Merah Lubnan mengatakan pada hari ini bahawa letupan itu mengorbankan lebih dari 100 orang dan mencederakan lebih dari 4,000 orang, menurut jumlah terbaharu. – AFP