Thursday, October 6, 2022
24.9 C
Brunei

Royal Bees Brunei menang menentang Chinese Taipei

-

Oleh Fadhil Yunus

SINGAPURA, 5 SEPT – Pasukan bola jaring negara mencatat kemenangan pertama mereka dalam pusingan awal Kejohanan Bola Jaring Asia 2022 selepas menundukkan Chinese Taipei 38-34 di Arena OCBC, Hab Sukan Singapura di Singapura kelmarin.

Pasukan Brunei, juga dikenali sebagai Royal Bees, berada di tempat kedua dalam Kumpulan C yang turut merangkumi Malaysia.

Pasukan negara mendahului 11-6 pada suku pertama sebelum mendahului dengan kelebihan lapan mata 21-13 pada suku kedua.

Brunei mengekalkan pendahuluan tipis ketika Chinese Taipei kembali bersaing dengan mata 29-28 pada suku ketiga, sebelum menutup tirai dengan kemenangan milik pasukan Royal Bees.

Kapten pasukan Brunei, Siti Marhayati binti Ahmad berkata, “Banyak pengajaran daripada perlawanan itu. Kami hilang fokus dan Chinese Taipei membaca permainan kami dengan baik.”

“Namun, ia permainan yang hebat, dan saya gembira pasukan kita tidak berputus asa. Perlawanan dan keinginan kuat yang mereka berikan, terutamanya hubungan antara rakan sepasukan, amat membantu dan saya sangat berbangga dengan mereka.”

Ia merupakan kemenangan rasmi pertama Nur Hafizah binti Haji Abdul Sidek jurulatih baharu yang dilantik sejak mengambil alih pasukan dan menggantikan jurulatih sebelumnya Jane Searle.

Bekas pemain kebangsaan itu telah memberikan wajah baharu untuk Royal Bees dengan Siti Marhayati dan naib kapten Zuraidah binti Haji Amit antara pemain daripada skuad 2019.

Prestasi terbaik Brunei dalam pertandingan itu adalah di tempat kenam, yang mereka capai tiga kali pada 2012, 2016 dan 2018.

Aksi pemain Royal Bees Brunei dalam perlawanan menentang Chinese Taipei di Kejohanan Bola Jaring Asia di Arena OCBC, Hab Sukan Singapura, Singapura pada 4 September 2022. – Gambar serahan Bola Jaring Singapura
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hasrat rai majlis kahwin tak kesampaian

NEW DELHI, 5 OKT - Hasrat 25 individu yang ingin meraikan majlis perkahwinan tidak kesampaian apabila mereka maut selepas bas yang dinaiki terbabas sebelum...
- Advertisment -