Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Royal Bees sertai Kejohanan Bola Jaring Asia 2022

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Pasukan Bola Jaring Kebangsaan Royal Bees akan berada di Singapura dari 1 September hingga 11 September untuk Kejohanan Bola Jaring Asia 2022.

    Mengetuai kontinjen negara ialah Presiden Persatuan Bola Jaring Brunei (BNA), Leftenan Kolonel (B) Hajah Wan Shahlimar dan disertai oleh setiausaha kehormat, jurulatih dan primary care serta ahli jawatankuasa BNA.

    Selain itu, Awang Mohd Asmawi Sulaiman, pengadil tempatan bagi sukan bola jaring telah dipilih sebagai salah seorang pengadil bagi kejohanan tersebut dan dipilih khusus oleh Persekutuan Bola Jaring Asia selaku penganjur kejohanan berkenaan.

    Perlawanan selama 10 hari itu adalah perlawanan kelayakan untuk Piala Dunia Bola Jaring pada tahun 2023 yang akan berlangsung di Afrika Selatan.

    Perlawanan awal bagi Royal Bees adalah menentang Malaysia diikuti Taiwan.

    Kelayakan Royal Bees ke pusingan seterusnya bererti mereka akan bersaing dengan negara lain dalam pusingan kedua, separuh akhir playoff dan suku akhir.

    Royal Bees kini dibimbing oleh Nur Hafizah binti Haji Abdul Sidek, jurulatih tempatan yang baru dilantik.

    Salah satu matlamat terbesarnya adalah untuk skuad itu mematuhi rutin yang dipraktikkan mereka dan beliau telah melihat beberapa perkembangan yang telah dicatat skuad itu menjelang kejohanan ini.

    “Harapan saya pemain Royal Bees dapat memberikan yang terbaik dan mengikuti strategi permainan yang kami rancang dan praktikkan secara berterusan semasa perlawanan persahabatan dan latihan,” jelas Nur Hafizah semasa ditemu bual.

    Acara diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Awang Mohd Asmawi Sulaiman.

    Perlawanan pertama Royal Bees menentang Malaysia dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu, 3 September 2022 jam 5 petang waktu tempatan.

    Pasukan Royal Bees bergambar beramai sebelum berlepas untuk Kejohanan Bola Jaring Asia 2022 di Singapura. – Gambar serahan Royal Bees
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...