WASHINGTON, 4 Jan – Terry Rozier menjaringkan 20 mata daripada bangku simpanan Boston untuk menjadi penjaring terbanyak ketika Celtics menang menentang Cleveland 102-88 dalam perlawanan NBA Eastern Conference pada Rabu.
Jayson Tatum dan pemainan simpanan Marcus Smart masing-masing mencatatkan jaringan 15 mata, Jaylen Brown menambah 14 mata dan Kyrie Irving dan Al Horford masing-masing menyumbangkan 11 mata dan sembilan rebound apabila pendahulu Timur, Celtics yang semakin baik pada 31-10.
“Ini menunjukkan jenis apa skuad pasukan kami,” kata Rozier mengenai ketinggian mata jaringan Celtics. “Dari hari pertama lagi, kami sentiasa mempunyai mentaliti yang tinggi dan kami akan meneruskannya.”
LeBron James mempunyai jaringan tertinggi untuk Cleveland dengan 19 mata, ditambah dengan tujuh rebound dan enam bantuan tetapi Cavaliers (25-13) mempunyai jumlah mata terendah keseluruhan musim.
“Pertahanan mereka sangat baik, mereka sangat mantap dengan rancangan serangan bijak kami,” kata James. “Mereka mempunyai rancangan pertahanan bagus dan mereka melaksanakannya dengan baik.”
Pemain Cavaliers, Kevin Love telah tercedera di pergelangan kaki kanannya. Dia hanya mampu menjaringkan dua mata dari 11 cubaan jaringannya.
Manakala Isaiah Thomas direhatkan selepas membuat perlawan pertama musimnya untuk Cleveland, hilang lebih dari dua bulan akibat kecederaan pinggul selepas dijual oleh Celtics dalam perjanjian yang mengantikan Irving ke Boston.
“Saya tidak tahu siapa dan apa yang kami boleh lakukan, sebelum kami kembali dengan aksi konsisten perlawanan,” kata James. “Kami tidak bermain dengan baik sehingga akhir perlawanan, jadi kami juga cuba mengatasinya. Kami akan baik-baik saja.”
Dalam perlawanan lain, DeMar DeRozan menjaringkan 35 mata untuk membantu Toronto Raptors (26-10) dengan kemenangan 124-115 di Chicago manakala pemain pertahanan Greece, Giannis Antetokounmpo mempunyai jaringan 31 mata dan 10 rebound dalam kemenangan di Milwaukee ke atas Indiana 122-101.
Manakala, Stephen Curry menjaringkan 32 mata, termasuk jaringan kemenangan 3-mata dengan baki 3.4 saat dari perlawanan, dan juara bertahan Golden State itu maju kepada pemainan terbaik NBA 30-8 dengan kemenangan 125-122 ke atas Dallas.
Kevin Durant dan Klay Thompson masing-masing menambah 25 mata untuk Warriors. Durant berjaya mendapatkan 11 rebound, manakala Draymond Green menyumbangkan jaringan 18 mata dan 10 rebound.
Paul George dan Terrance Ferguson masing-masing menjaringkan 24 mata, Carmelo Anthony menambah jaringan 21 mata dan Russell Westbrook menjaringkan 20 mata dan 12 bantuan untuk membawa Oklahoma City kemenangan ke atas tuan rumah Los Angeles Lakers 133-96.
Houston Rockets, yang bermain tanpa penjaga pilihan James Harden akibat kecede-raan hamstring, mempunyai 27 mata daripada pemain bangku simpanan Gerald Green dan 21 lagi dari Clint Capela dalam pertarungan 116-98 di Orlando.
Bradley Beal menjaringkan 27 mata manakala John Wall menambah 25 mata dan sembilan bantuan dalam kemenangan Washington 121-103 ke atas New York. – AFP