Friday, December 6, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rozita bengang individu ciplak minyak wanginya jual RM10

    Sudah lebih setahun tiada di pasaran, pelakon dan usahawan Malaysia, Rozita Che Wan pelik apabila ada pihak tidak bertanggungjawab berani menciplak minyak wangi keluaran syarikatnya dan dijual dengan harga lebih rendah.

    Disebabkan itu, Rozita atau Che Ta menasihatkan orang ramai tidak mudah terpedaya jika ada pihak menjual minyak wangi menggunakan namanya.

    Perfume itu memang sudah lama tiada dalam pasaran tapi individu ini ciplak minyak wangi palsu dan menjualnya dengan harga lebih murah iaitu RM10.

    “Ada yang beli sebab murah tapi mula mendapat kesan sampingan seperti kulit menjadi gatal dan melecur.

    “Apabila berlaku masalah mereka datang cari saya sedangkan mereka beli yang ciplak.

    “Saya kesan perkara ini sudah lama tapi nampaknya mereka aktif balik sejak dua bulan lalu. Saya ingin tegaskan jika berlaku apa-apa saya tidak akan bertanggungjawab,” katanya kepada mStar.

    Dalam pada itu, Rozita memberitahu akan mengambil tindakan terhadap individu terbabit kerana meniru produknya tanpa kebenaran selain mendatangkan bahaya kepada pengguna. – Agensi

    Rozita akan mengambil tindakan terhadap individu terbabit kerana meniru produknya. – nst
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda