Monday, March 27, 2023
21.7 C
Brunei

-

RPN Kampung Mentiri anjur program walkaton

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – Program Walkaton Kampung Ku Ceria: Satu Kampung Satu Keluarga anjuran ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kawasan II Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Mentiri kelmarin telah berjaya merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan keharmonian kampung berkenaan.

Program yang mendapat sambutan itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran Duta Besar Republik Islam Iran ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Homeria Rigi Zirouki, dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Farhat Abbas Sani.

Pemangku Penghulu Mukim Mentiri, Pengiran Haji Ismail bin Pengiran Ibrahim merasmikan program berkenaan dan melepaskan peserta walkaton yang bermula dan berakhir dari rumah Pemangku Ketua Kampung Kawasan II RPN Mentiri dengan berjalan sejauh 3 kilometer.

Setiausaha Program Walkaton Kampung Ku Ceria: Satu Kampung Satu Keluarga, Haji Nizam bin Haji Julaihi, selaku Pemangku Ketua Kampung Kawasan II RPN Mentiri turut melahirkan rasa gembira dan penghargaan kepada peserta dan hadirin yang sama-sama menjayakan program kekeluargaan berkenaan.

“Program bersempena dengan sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-39 ini dihasratkan dapat merapatkan lagi hubungan institusi kekeluargaan di samping menyemai rasa harmoni dalam kalangan peserta dan penduduk kampung,” jelas Haji Nizam.

Aktiviti kekeluargaan tersebut dimeriahkan lagi dengan perasmian Program Dibuang Sanang yang menyediakan pakaian-pakaian terpakai secara percuma kepada yang memerlukan hasil sumbangan daripada orang ramai.

PYT Homeria Rigi Zirouki dan TYT Mejar Jeneral (B) Farhat Abbas Sani antara yang menyertai acara walkaton tersebut. – Gambar serahan Mukim Mentiri
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -