Oleh Nurdiyanah R.
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 DIS – Radio Televisyen Brunei (RTB) akan mengadakan jualan koleksi piring hitam untuk orang ramai selama empat hari pada 27 hingga 30 Disember depan di Lobi Utama, Kompleks Penyiaran RTB, Sungai Akar.
Menurut kenyataan RTB, sesi jualan yang bakal dibukakan dari pukul 9 pagi hingga 4 petang itu akan mengehadkan jumlah pe-ngunjung pada satu masa mengikut slot perjanjian yang telah ditetapkan.
Dalam pada itu, orang ramai yang ingin berkunjung ke sesi jualan berkenaan dimestikan mematuhi segala garis panduan Fasa Awal Endemik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).