Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JAN – Sempena Perkahwinan Diraja, orang ramai terutama pencipta lagu di negara ini berpeluang mencipta lagu melalui Peraduan Mencipta dan Menerbitkan Lagu anjuran Radio Televisyen Brunei (RTB).
Borang dan syarat penyertaan boleh diperoleh dan dimuat turun melalui laman sesawang RTB di WWW.RTB.GOV.BN. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Penyambut Tetamu, Kompleks Penyiaran RTB Sungai Akar pada 11 Januari 2022 jam 2 petang.
Pemenang tempat pertama akan membawa pulang hadiah wang tunai $2,000 dan dua lagu, pemenang tempat kedua $1,000 dengan dua lagu manakala tempat ketiga $500 dengan dua lagu. Untuk keterangan lanjut, bolehlah hantar e-mel ke Radio. Program@RTB.GOV.BN.