RTB meriahkan Maulidur Rasul

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OKT – Jabatan Radio Televisyen Brunei (RTB) hari ini, telah mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW secara maya, untuk menzahirkan kasih sayang dan memupuk kesedaran dan keinsafan dalam mengenang jasa dan pengorbanan Baginda Rasulullah SAW.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang juga diadakan untuk meraih keberkatan dan rahmat dari Allah SAW itu ialah Pemangku Pengarah RTB, Haji Azman bin Haji Abdul Rahim.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah sebelum ceramah khas bertajuk ‘Rasulullah Kekasih Allah, Kekasihku Dunia Akhirat’ disampaikan oleh Pegawai Perkembangan Ugama, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Fansuri Sharimi @ Mansur bin Mohd Ali.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan laungan Dikir Marhaban yang dibawakan oleh Pasukan Dikir RTB, sebelum diakhiri dengan bacaan doa bagi memohon agar terhindar daripada wabak COVID-19.

Antara yang mengikuti majlis sambutan secara dalam talian itu. – Gambar serahan RTB