Sunday, January 26, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    RTB sambut ulang tahun Hari Radio Brunei ke-64

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 APRIL – Bersempena ulang tahun Hari Radio Brunei ke-64 tahun, Bahagian Rancangan Radio, Radio Televisyen Brunei (RTB) telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran bertempat di Bilik VIP, Bangunan Utama, Kompleks Penyiaran RTB Sungai Akar, hari ini.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Pemangku Pengarah RTB, Haji Azman bin Haji Abdul Rahim, dan seterusnya bacaan surah-surah lazim dari Surah Ad-Duha, bacaan takhtim dan seterusnya Dikir Marhaban.

    Enam peserta lelaki dan 46 peserta wanita terdiri daripada pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta kakitangan RTB menyertai majlis tersebut.

    Majlis itu diadakan bertujuan untuk meraih keberkatan dan syafaat Al-Quran dengan pembacaan beramai-ramai sehingga 30 juzuk yang diakhiri dengan majlis khatam sebagai tanda penyempurnaan bacaan Al-Quran. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mengambil peluang menggandakan amal ibadat dalam keadaan berpuasa di bulan Ramadan.

    Antara yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda