Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    RTS Link kurangkan kesesakan lalu lintas Johor Bahru-Singapura

    JOHOR BAHRU, 18 MEI – Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura dijangka memainkan peranan penting dalam meningkatkan aktiviti ekonomi, yang berpotensi berkembang lebih meluas seperti Koridor Barat Hong Kong-Shenzhen.

    Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp), Datuk Mohd Zarif Hashim berkata nilai projek RTS Link tidak dapat diukur hanya daripada sudut pandangan pembinaannya, kerana ia juga harus mengambil kira bagaimana ia mampu menarik pelaburan dalam jangka masa panjang.

    RTS bukan sahaja akan mengurangkan kesesakan lalu lintas tetapi akan menggalakkan lebih banyak perniagaan serta aktiviti rentas sempadan antara Singapura dan Johor Bahru.

    “Kami melihat tempoh 15 minit bagi keseluruhan proses (termasuk pemeriksaan imigresen serta perjalanan kereta api), dari saat awda memasuki Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Bukit Chagar hingga ke Woodlands North (Singapura).” – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...