Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    RTS tumpuan perbincangan pada Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura

    SINGAPURA, 14 Jan – Sistem Transit Aliran Deras (RTS) akan menjadi tumpuan perbincangan pada Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura kali kelapan yang bermula di sini pada Selasa.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatan beliau dari Singapura, Lee Hsien Loong, akan menyaksikan pemeteraian perjanjian dua hala RTS semasa pemukiman itu.

    Najib, yang akan mengetuai delegasi Malaysia ke pemukiman itu, dijangka tiba di sini esok.

    Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura Datuk Zulkifli Adnan berkata selain itu, kedua-dua pemimpin akan turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman berkaitan kerjasama pendidikan antara kedua-dua negara.

    Datuk Zulkifli Adnan ketika sidang media mengenai sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-8 yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dari 15 hingga 16 Januari 2018 di Bangunan Pesuruhjaya Tinnggi Malaysia di Singapura. – Bernama

    “Selain RTS, Kereta api Berkelajuan Tinggi (HSR) merupakan antara isu pen-ting yang akan dibincangkan. Kedua-dua pihak akan meneliti beberapa inisiatif yang telah pun dibincangkan bagi menangani masalah kesesakan di Tambak Johor dan Tuas sementara menunggu RTS dan HSR siap, masing-masing pada 2024 dan 2026,” katanya kepada wartawan Malaysia di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini hari ini.

    Kedua-dua negara sedang meneliti cadangan, antara lain, untuk menyuraikan kesesakan lalu lintas antara Johor-Singapura, kata Zulkifli.

    Antara cadangan yang dikemukakan adalah untuk mewujudkan laluan khusus bagi pejalan kaki dari kedua-dua negara di samping meningkatkan kekerapan perjalanan kereta api dan feri.

    Zulkifli berkata anggota delegasi dari kedua-dua pihak akan turut membincangkan lebih lanjut Perjanjian Air 1962 terutamanya bagi memastikan bekalan air yang mencukupi ke Singapura dari kawasan takungan air Linggiu, Johor. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda