Thursday, October 6, 2022
24.9 C
Brunei

Ruang majlis perkahwinan baharu dibuka

-

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JAN – An-Naura yang terletak di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) kini dibukakan kepada orang ramai yang mencari tempat untuk mengadakan acara-acara perkahwinan, mesyuarat dan sebagainya.

Pengurus Pemasaran bagi Wadah Amal Sdn Bhd, Awang Norfirdaus bin Rashid semasa ditemui pihak media antara lain menjelaskan bahawa An-Naura bukan hanya sekadar dewan perkahwinan, malah ia lebih daripada itu dan sudah setentunya ia akan memberikan satu pengalaman yang unik.

Dua ruang dewan yang boleh memuatkan kapasiti tempat duduk bagi 800 dan 900 orang, menjadikan jumlah kapasiti Dewan An-Naura apabila digabungkan mencapai jumlah 1,700 orang, sesuai bagi majlis perkahwinan.

Selain itu, lima buah bilik eksekutif yang berskala lebih kecil dan rooftop gardens dengan keindahan suasana sekeliling yang menarik turut disediakan bagi acara seperti mesyuarat, bengkel dan sebagainya.

Salah satu dewan yang tersedia bagi majlis perkahwinan, mesyuarat dan sebagainya.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hasrat rai majlis kahwin tak kesampaian

NEW DELHI, 5 OKT - Hasrat 25 individu yang ingin meraikan majlis perkahwinan tidak kesampaian apabila mereka maut selepas bas yang dinaiki terbabas sebelum...
- Advertisment -