Ruang rahsia Ozlynn seperti kedai runcit

Kecoh di media sosial apabila pelakon yang juga isteri kepada pelawak dan penyampai radio popular Johan, Ozlynn Wati memuatnaik foto di Instagram sebuah rak yang dipenuhi dengan stok makanan dan pelbagai barangan keperluan.

Berdasarkan perkongsian selebriti ini, di dalam rumah mereka mempunyai ruang ‘rahsia’ yang menyimpan pelbagai jenis barangan rumah.

Menurut Ozlynn, jika kenalan mahupun adik-beradik yang bertandang ke rumahnya dan ingin mengambil barangan tersebut, Ozlynn akan meminta mereka untuk doakan keluarganya terlebih dahulu.

“Siapa tahu bilik rahsia aku nih.. Memang dia orang selongkar… Ni baru setempat.. Kalau pusing kiri susu penuh, biskut melambak, kuih dan muih beraneka macam… Makanlah jangan hanya di pandang…

“Tisu tandas? Tisu dapur? Air zam-zam pun ada… Selalu yang datang kalau perlukan bekal memang akan masuk bilik rahsia nih.. Beras basmathi? Wangi? Biasa? Pun ada.

“Milo? Horlicks? Black coffee? White coffee? Organic sugar? Gula pasir? Maggi? Ada ruang khas dalam almari… Bagitahu nak ramen? Maggi kari? Bihun pama? Eh banyak jenis.. Senang…

“Siapa tersedak atau terdesak kengkawan atau adik-beradik.. Memang dia orang tahu nak selongkar mana.. Ni lah syurga aku…. Hanya yang suka masak akan rasa perasaan aku nih… Nak shampoo ke pencuci baju ke… Hahaha memang mudah kena rembat..

“Yang penting sebelum ambil kena ucap alhamdulillah dan doa dulu untuk keluarga aku.. Yang ni memang aku paksa.. Kaum hawa memang akan doa nak ruang ni.. Aku doakan semoga kau orang semua dilimpahkan rezeki yang tidak disangka-sangka… Paling penting bila ada rezeki jangan lupa “orang tepi”…. (emoji hati),” dedah Ozlynn – Agensi