Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Rubiah terima ‘rezeki anak’

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MAC – Kotak pilihan anak-anak Dayang Rubiah binti Sabu ternyata membawa tuah apabila beliau memenangi hadiah wang tunai berjumlah $20,000 dalam cabutan hadiah wang tunai dwi bulanan Promosi Lakastah Manang Bersama Pertama anjuran Takaful Brunei di Pusat Membeli-belah One City hari ini.

    Cabutan itu menampilkan lima pelanggan takaful yang membuat transaksi dan pembelian produk Takaful Brunei Am (TBA) dan Takaful Brunei Keluarga (TBK).

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Takaful Brunei, Haji Shahrildin bin Pehin Dato Haji Jaya.

    Manakala dua lagi pelanggan bertuah menerima hadiah sagu hati $3,000 dan dua lagi pelanggan bertuah yang lain membawa pulang hadiah sagu hati $1,000 setiap seorang.

    Dayang Rubiah semasa ditemui sejurus acara itu, melahirkan rasa syukur dan masih terkejut dengan kemenangan itu, menyatakan ia akan membawa kegembiraan buat keluarganya.

    Beliau yang ditemui bersama dua orang anaknya pada acara itu menjelaskan, ini adalah kali pertama beliau mendapat hadiah dalam mana-mana promosi dan hadiah yang diperolehi ini adalah rezeki anak-anaknya.

    Katanya lagi, “Walaupun pada awalnya memilih kotak di tempat kedua iaitu di tengah, tetapi anak-anaknya meminta untuk memilih kotak pertama.”

    Beliau yang bertugas di The Empire Brunei itu menjelaskan, hadiah yang dimenangi akan dikongsi bersama keluarganya.

    Dayang Rubiah binti Sabu bersama anak-anaknya memegang replika cek kemenangan bernilai $20,000 selepas kotak pilihan anaknya ternyata membawa tuah kepada mereka sekeluarga pada cabutan pusingan kedua Promosi Lakastah Manang Bersama anjuran Takaful Brunei di Pusat Membeli-belah One City, kelmarin.
    Lima pelanggan bertuah promosi Lakastah Manang Bersama! bersama tetamu kehormat.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...