Rubik Mona Lisa dilelong di Paris

PARIS, 3 FEB – Satu seni tepi jalanan Kiub Rubik versi ‘Mona Lisa’ dijangka dijual hingga 150,000 euro apabila ia dilelong di Paris pada bulan ini.

Dibuat daripada 330 Kiub Rubik oleh artis Perancis Invader – terkenal dengan rajah seramik Space Invaders yang menerima inspirasi daripada permainan video piksel – digelar ‘Rubic Mona Lisa.’

Ia merupakan yang pertama dalam beberapa siri kerja di mana artis telah mencipta semula beberapa lukisan agung sejarah seni dalam Kiub Rubik.

Invader, dengan nama sebenar Franck Slama, mendakwa mereka merupakan ciptaan asas gerakan seni baharu bernama ‘Rubikcubism.’

Beliau telah merekatkan kerja Space Invaders di din-ding di lebih 33 buah negara, malah memberi inspirasi kepada aplikasi telefon pintar untuk peminat yang cuba menjejakinya.

‘Rubic Mona Lisa’ akan dijual di Artcurial di Champs-Elysees di Paris pada 23 Februari sebagai sebahagian daripada pelelongan yang memaparkan beberapa nama terbesar dalam seni jalanan.

Invader membuat ‘Rubic Mona Lisa’ pada 2005 dan sejak itu telah mencipta semula karya agung Edouard Manet ‘Le Dejeuner sur I’Herbe’ serta ‘The Origin of the World’ oleh Gustave Courbet dalam Kiub Rubik. – AFP

Seni jalanan Kiub Rubik versi ‘Mona Lisa’ bertajuk ‘Rubic Mona Lisa’ yang dibuat pada 2005 oleh Invader dipamerkan di firma pelelongan Artcurial di Paris kelmarin. – AFP