Rublev jumpa Zverev di final Cincinnati Masters

CINCINNATI, 22 OGOS – Andrey Rublev memenangi perlawanan ke-10 ke atas pemain Rusia, Daniil Medvedev 2-6, 6-3, 6-3 untuk menempah tiket ke final ATP dan WTA Cincinnati Masters semalam.

Rublev yang kini berada di ranking ketujuh dunia tidak pernah menang banyak dalam satu set sepanjang empat kekalahan sebelum ini kepada rakan senegarannya yang kini menduduki ranking kedua dunia yang juga pemain pilihan di kejohanan berprestij gelanggang keras sebelum Terbuka Amerika Syarikat (AS) bermula.

Dalam aksi wanita, pemain nombor satu dunia, Ashleigh Barty mara ke final keenamnya musim ini selepas menang 6-2, 7-5 ke atas Angelique Kerber.

Pilihan utama dari Australia itu yang memimpin kedudukan pendahulu selama 82 minggu memerlukan satu jam 15 minit untuk mara ke final memperbaiki pencapaian pada 2019 apabila mara ke separuh akhir.

Barty akan berdepan pemain wild card dari Switzerland Jil Teichmann untuk penentuan juara selepas Jil menewaskan pilihan kelima dari Republik Czech, Karolina Pliskova 6-2, 6-4 untuk mara ke final keempat dalam kariernya namun yang pertama dalam saingan elit Masters.

Pemain berusia 24 tahun dan pemain ranking ke-76 dunia itu memerlukan 84 minit untuk meneruskan aksi mengagumkan sepanjang minggu ini selepas menewaskan Naomi Osaka di pusingan ketiga dan pemenang pingat emas Olimpik Belinda Bencic di suku akhir.

Setelah menewaskan Pliskova yang berada di kedudukan keempat, dia kini meraih 4-0 pada musim ini menentang 10 pemain teratas lain.

Medvedev yang dalam usaha memburu gelaran Masters Kanada-AS selepas menjulang kejuaraan di Toronto, diberikan rawatan sebanyak tiga kali sebelum tewas kepada Rublev.

Dia akan beraksi untuk merebut gelaran menentang pemenang separuh akhir kelmarin dan juara Olimpik pilihan ketiga Alexander Zverev selepas menewaskan Stefanos Tsitsipas. – AFP

Aksi Andrey Rublev dari Rusia semasa menentang Daniil Medvedev di separuh akhir ATP dan WTA Cincinnati Masters semalam di Mason, Ohio. – AFP