SAINT PETERSBURG, 18 OKT – Pemain Rusia, Andrey Rublev hampir mara ke penampilan sulung final Saint Petersburg kelmarin selepas menewaskan lawannya, Denis Shapovalov.
Rublev, pemain pilihan ketiga, bangkit untuk menewaskan pemain pilihan kedua dari Kanada, 4-6, 6-3, 6-4.
“Perlawanan seperti tidak dapat dipercayai, bagi pendapat saya,” kata Rublev yang mara di hadapan Diego Schwartzman ke kedudukan kelapan dalam perlumbaan ke London.
“Ini merupakan tahap yang tinggi bagi kedua-dua pemain. Kami berdua layak untuk memenangi perlawanan tersebut.”
Novak Djokovic, Rafael Nadal, Dominic Theim, Stefanos Tsitsipas, Daniil Medvedev dan Alexander Zverev kesemuanya telah mara ke acara lapan pemain lelaki elit. – AFP