Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Rudiger tubuh yayasan di Sierre Leone

    FREETOWN, 28 JAN – Pemain pertahanan Chelsea, Antonio Rudiger kelmarin melancarkan yayasan pendidikan untuk menyokong literasi sukan di Sierra Leone, negara yang terletak di barat Afrika, tempat kelahiran ibu pemain tersebut.

    Rudiger, 28, tiba pada Isnin semasa waktu rehat perlawanan Liga Perdana Inggeris.

    “Saya dan keluarga sangat berbesar hati untuk berada di sini, saya tidak melihat diri saya sebagai seorang bintang kerana ibu bapa saya selalu memberitahu untuk terus merendah diri, inilah sebab saya datang ke sini hari ini,” kata Rudiger.

    “Bagi saya, yayasan ini sangat bermakna kerana saya tidak mahu mencuri semua tumpuan, saya mahu melakukan sesuatu untuk kita semua – paling penting adalah untuk generasi muda dan komuniti ini – yang boleh menjadi ikutan,” tambahnya.

    Rudiger, yang lahir di Berlin dan beraksi 49 kali untuk Jerman, mengongsikan klip melalui akaun Twitternya awal minggu ini dengan kapsyen: “Saya tidak terkata, mereka semua sangat hebat.

    “Terima kasih atas alu-aluan yang luar biasa, Sierre Leone.”

    Sejak tiba, dia menyaksikan perlawanan Kelab Amputasi Sierra Leone, dan bintang itu turut berkata, “Kehidupan bukan mengenai harapan ia adalah mengenai kepercayaan pada diri sendiri untuk merealisasikan impian.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...