Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Rueda dipecat selepas gagal layakkan Colombia ke Piala Dunia

    BOGOTA, 19 APRIL – Colombia telah memecat Reinaldo Rueda sebagai jurulatih pasukan kebangsaan selepas mereka gagal layak ke Piala dunia, persekutuan bola sepak mengumumkan perkara itu kelmarin.

    ‘Cafeteros’ gagal melayakkan diri ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 2010 berikutan kempen yang teruk di mana mereka mencipta rekod kebangsaan tujuh perlawanan berturut-turut tanpa menjaringkan gol. Ia adalah kali kedua Rueda, seorang jurulatih warga Colombia, gagal membimbing negaranya ke Piala Dunia setelah terlepas pada 2006 semasa mengendalikan pasukannya selama dua tahun sebelum ini.

    Persekutuan bolasepak Colombia dalam kenyataannya berkata mereka dalam persetujuan bahawa Reinaldo Rueda akan dilucutkan daripada jawatannya sebagai pengarah teknikal dan juga sebagai jurulatih pasukan.

    Walaupun mempunyai banyak pemain berbakat dalam menyerang seperti Luis Diaz dari Liverpool, Duvan Zapata dari Atalanta, Radamel Falcao dari Rayo Vallecano dan James Rodriguez, yang bermain dengan kelab bola sepak di Qatar di mana Piala Dunia akan diadakan, kempen kelayakan Colombia gagal disebabkan kurang menjaringkan gol.

    Mereka menduduki tempat keenam dalam kumpulan tunggal 10 pasukan Amerika Selatan dan terlepas perlawanan playoff antara benua.

    Rueda, 65, mengambil alih tugas sebagai jurulatih pada Januari 2021 selepas permulaan buruk pada kempen kelayakan di bawah kendalian Carlos Queiroz dari Portugal telah menyaksikan Colombia tewas 3-0 di tempat sendiri kepada Uruguay dan 6-1 di tempat lawan kepada Ecuador.– AFP

    Colombia memecat Reinaldo Rueda sebagai jurulatih pasukan kebangsaan selepas gagal untuk membawa pasukannya layak ke Piala Dunia. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...