PARIS, 16 Jan – Toulon mempertahankan pemain antarabangsa Perancis Mathieu Bastareaud semalam selepas dia menggunakan kata-kata penghinaan yang benci homoseksual ke atas seorang pemain Treviso.
Kelab Perancis itu berkata Bastareaud, 29 tahun, “bukan homopobia” meskipun kejadian yang membabitkan Sebastian Negri dalam perlawanan Piala Juara-Juara Eropah pada Ahad.
Bastareaud, yang telah bermain 42 kali untuk Perancis, nampaknya memanggil Negri ‘bapuk’ selepas satu pertengkaran dalam minit-minit terakhir kemenangan Toulon 36-0 dalam Piala Juara-Juara Eropah.
Video mengenai kejadian nampaknya menunjukkan Bastareaud memberi respons kepada satu penghinaan yang sama daripada pemain kelahiran Zimbabwe Negri.
Kelab berkata ia “yakin Mathieu menggunakan perkataan kesat berkenaan ketika berasa berang yang boleh berlaku dalam ragbi dan dia bukan benci homoseksual.”
“Bahasa ini tidak harus membenarkan orang memburuk-burukkan kapten kami yang sentiasa mempertahan setiap individu dan yang membuktikannya setiap hari dalam skuad Toulon,” tambah kelab.
Bastareaud menulis satu kenyataan maaf di Twitter milik peribadinya selepas perlawanan itu, berkata: “Saya meminta maaf atas reaksi saya terhadap penghinaan daripada pemain Itali.
“Saya memberi reaksi teruk dengan bertindak balas terhadap provokasinya, saya meminta maaf kepada orang yang telah terguris hati akibat perbuatan saya.”
Kelab Profesional Ragbi ERopah, penganjur Piala Juara-Juara Eropah berkata ia “telah menerima satu aduan ke atas pemain RC Toulon, Mathieu Bastareaud.”
Dia dijangka bertemu dengan EPCR esok dan mungkin digantung. – AFP