Rugi lebih RM16,000 beli emas di FB

KUANTAN, 19 OGOS – Seorang suri rumah terpaksa berputih mata apabila kerugian RM16,107 setelah terpedaya dalam urusan pembelian barang kemas menerusi laman sosial Facebook, hujung bulan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa berusia 38 tahun mendakwa berminat membeli rantai, gelang dan subang selepas tertarik dengan tawaran yang dibacanya pada 25 Julai lalu.

“Mangsa mendakwa telah menghubungi nombor telefon yang tertera di laman sosial itu dan berurusan dengan seorang suspek lelaki sebelum mula membuat 12 transaksi bayaran menerusi pemindahan bank pada awal bulan ini.” – Bernama