Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Ruhainies hanya berlakon ikut skrip

    Biarpun sering dikaitkan gosip bersama hero gandingan, namun, pelakon Ruhainies hanya mengikut tuntutan watak dan skrip.

    Sebelum ini, pelakon kecil molek itu pernah terima kecaman ekoran lakonan bersama pelakon, Zul Ariffin dikatakan terlalu intim. Kali ini, Ruhainies dikaitkan dengan aktor, Fadlan Hazim selepas bergandingan dalam drama bersiri, Sayang Tak Dikenang.

    Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 29, berkata dia adalah pelakon, jadi perlu mengikut kehendak skrip.

    “Kalau skrip minta saya bermesra dengan pelakon, saya ikut. Dan, saya juga akan meminta pandangan pengarah. Setakat ini, tiada pula kelakuan saya melampaui batas. Semuanya biasa sahaja.

    “Kalau diminta berlakon sebagai isteri, saya buat seperti watak isteri, sama juga watak kekasih,” katanya kepada BH Online. Tambah Ruhainies, begitu juga pembawaan wataknya sebagai isteri kepada Fadlan menerusi drama Sayang Tak Dikenang.

    Ruhainies membawa watak isteri Fadlan dalam dalam drama bersiri, Sayang Tak Dikenang. – Agensi

    “Jangan risau, kemesraan saya dengan Fadlan hanya dalam drama. Tak boleh lawan kemesraan Fadlan bersama Ezzanie yang juga pelakon utama dalam drama ini.

    “Jujurnya, saya hormat Ezzanie kerana dapat menjayakan wataknya dengan baik. Jika saya diberikan karakter wanita ‘gersang’, saya tidak boleh bawa dan akan banyak ketawa,” katanya.

    Ruhainies mengulas isu mesra dengan hero gandingan dalam sidang media drama Sayang Tak Dikenang yang menampilkan Fadlan sebagai watak utama.

    Drama adaptasi novel karya Wazrul Shah ini diarahkan oleh Feroz Kadir. Ia mula bersiaran menerusi slot Akasia di TV3 sejak 4 Mac lalu.

    Selain Ruhainies dan Fadhlan, drama ini turut menampilkan bakat baharu, Ezzanie Jasny sebagai pelakon utama. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...