Ruhainies sudah biasa berjauhan dengan teman lelaki

Meskipun tidak dapat bertemu kekasih sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelakon Ruhainies berkata hal itu tidak menjadi masalah buat mereka.

Ruhainies berkata, dia dan teman lelaki sudah terbiasa melalui situasi sebegini berikutan kekasihnya menetap di London.

“Mestilah rindu dekat buah hati… tapi mungkin sebab kami dah biasa Long DistanceRelationship (LDR) jadi apabila tempoh PKP ini tak terasa sangat.

“Sebelum ini pun kami berjauhan, dia bekerja di London dan saya di Malaysia, jadi ia bukan isu besar bagi kami. Sekarang ini dia sudah menetap bersama keluarga di Kuala Lumpur tapi disebabkan PKP, masing-masing duduk rumah sendiri sahaja.

“Tapi cara kami lepaskan rindu, setiap hari kami buat panggilan video, telefon dan berborak sampai malam. Jadi memang tak ada masalah langsung!,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ruhainies berkata pelaksanaan PKP ini ada hikmah buatnya kerana dia boleh meluangkan masa bersama semua ahli keluarga.

Dia turut mengakui tidak sabar untuk menyambut Ramadan bersama keluarga tersayang kerana tahun ini mereka semua dapat berkumpul bersama tidak seperti sebelumnya.

“Sepanjang PKP ini memang habis masa dekat rumah sahajalah, tengok muka adik-beradik 24 jam, kemas rumah, belajar memasak. – Agensi

Ruhainies sudah biasa perhubungan jarak jauh dan tiada masalah tidak bertemu kekasih dalam tempoh masa yang lama. -Agensi