Sunday, January 26, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ruhainies tak peduli orang label penunggang agama

    Pelakon sensasi, Ruhainies enggan mengambil pusing dengan pandangan orang luar jika ada yang melabel dirinya penunggang agama hanya disebabkan berkongsi amalan berselawat dalam media sosial.

    Bagaimanapun, Ruhainies atau nama sebenar, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, bersyukur kerana ramai individu mahu menyertai misi berzikir dan meneruskan rutin itu walaupun tempoh 40 hari sudah tamat, lapor BH Online.

    “Kalau hendak berprasangka buruk biarkan sahaja. Saya cuma mahu kongsi amalan baik. Alhamdulillah, saya dapat banyak DM (mesej langsung) yang mahu sertai misi berselawat ini bersama dan ada baru hendak mula.

    “Saya percaya apabila kita jadikan berselawat sebagai rutin, rasa hari tidak lengkap kalau tertinggal. Saya teruskan sahaja sampai sekarang sebab ibu sarankan saya buat. Ibu kata bukan sekadar dapat pahala, malah, mampu beri ketenangan.

    “Sebagai manusia biasa kita tidak lari daripada memikirkan perkara yang kurang elok. Tetapi dengan berselawat, saya dapat lencongkan hal negatif itu,” katanya.

    Ruhainies bersyukur ramai individu mahu menyertai misi berzikir dan meneruskan rutin itu walaupun tempoh 40 hari sudah tamat. – mStar

    Menurut Ruhainies, demi memastikan dirinya konsisten dalam melakukan amalan itu, dia sering membawa alat zikir digital ke mana-mana sekali gus menjadi teman akrabnya sekarang.

    “Alhamdulillah, banyak perkara positif yang hadir dalam hidup saya sekarang seperti kawan baharu, rezeki berterusan dan sebagainya.

    “Nikmat yang Allah kurniakan ini tentu saja saya syukuri kerana membuatkan saya terus beringat dalam meneruskan langkah ini,” katanya.

    Ruhainies juga mengaku menghadiri kelas agama secara dalam talian.

    “Saya juga sertai kelas agama tetapi secara dalam talian. Bukan tidak mahu sertai majlis ilmu sebab ada kawan pelawa, tetapi, saya tidak mahu kerana lebih selesa menjaga privasi.

    “Kalau boleh, tak mahu ada kamera (tidak mahu menunjuk). Biarlah urusan mengejar ilmu akhirat itu antara saya dan Allah sahaja,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda