Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Rukyah anak bulan Syawal pada 1 Mei

    Oleh Azlan Othman

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 APRIL – Penglihatan anak bulan Syawal 1443 Hijrah akan diadakan pada petang 1 Mei di seluruh negara.

    Pada hari tersebut, hakim-hakim syarie dan pegawai-pegawai Mahkamah-mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama pegawai-pegawai dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan akan berada di lokasi-lokasi yang ditetapkan untuk merukyah anak bulan Syawal 1443H.

    Berikutan dengan itu, pengumuman 1 Syawal (Hari Raya Aidilfitri) bagi tahun ini akan disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei (RTB) sebaik sahaja rukyah pada petang tersebut diperoleh melalui pihak berkenaan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...