Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rumah agam bersulam misteri

    ULASAN BUKU OLEH RAZ AS

     

    NOVEL Shadow Girl karya Liana Liu mengisahkan tentang sebuah rumah di Arrow Island yang diselubungi misteri.

    Namun apabila Mei sampai ke sana, dia sebaliknya berasa sangat lega. Mei gembira dapat meluangkan musim panasnya di rumah agam itu, untuk menjadi guru tutor anak perempuan keluarga kaya itu jika dia dapat melarikan diri daripada kehidupan sehariannya.

    Ibunya yang sering mendesaknya, adik lelakinya yang samseng dan apartmen kecil mereka di bandar tidak dapat memberikannya ketenangan yang diimpikannya. Lebih-lebih lagi Ella Morison adalah seorang anak gadis yang mengikut kata, manis dan baik perangai.

    Novel karya Liana Liu berjudul Shadow Girl ini mengisahkan tentang sebuah rumah di Arrow Island yang diselubungi misteri.

    Apa yang Mei tidak ketahui adalah terdapat sesuatu yang sangat tidak kena dengan keluarga Morison. Meskipun dia cuba untuk menumpukan perhatiannya kepada tugasannya, namun perhatiannya terganggu dengan masalah keluarga dan perasaannya sendiri kepada abang Ella, Henry.

    Akan tetapi yang lebih mengganggunya adalah bunyi-bunyi aneh yang didengarnya pada waktu malam. Suara melolong, hentakan dan juga tangisan yang datang entah dari mana.

    Meskipun Mei bukanlah seorang yang berfikiran tahyul dan tidak percaya akan kewujudan hantu, namun dia tidak dapat menghilangkan perasaan takutnya terhadap bahaya yang mungkin datang mengintainya di rumah yang cantik tersebut. Kejahatan yang mampu menghapuskan seisi keluarga tersebut termasuklah Mei sekali.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda