Sunday, September 24, 2023
22.3 C
Brunei

    -

    Rumah anak yatim di Sudan telah dievakuasi – PBB

    CAIRO, 8 JUN – Rumah anak yatim di ibu kota Sudan yang dilanda perang telah dievakuasi setelah lebih dari 70 anak damit, dan kanak-kanak meninggal dunia akibat kelaparan dan penyakit selama beberapa bulan terakhir, kata badan anak-anak PBB dan organisasi amal tempatan, kelmarin.

    Tragedi di Rumah anak yatim Al-Mayqoma menjadi berita utama pada akhir bulan lalu ketika pertempuran sengit terjadi di luar antara tentera Sudan dan tentera separa Pasukan Sokongan Pantas (RSF).

    Kematian itu telah menekankan jumlah korban yang banyak dialami orang awam sejak pertengahan April apabila pertempuran meletus antara tentera yang setia kepada Jeneral Abdel-Fattah Burhan dan tentera RSF yang diketuai oleh Jeneral Mohammed Hamdan Dagalo. – AP

    Taman permainan rumah anak yatim kelihatan kosong di Khartoum, Sudan, pada Mei 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...