Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Rumah baharu untuk mangsa gempa Indonesia

    JAKARTA, 27 NOV – Kerajaan Indonesia merancang membina semula ratusan rumah di kawasan baharu yang lebih selamat untuk mangsa gempa bumi yang melanda wilayah Jawa Barat.

    Ketua Agensi Pengurusan dan Pengurangan Bencana Negara, Suharyanto memberitahu sidang media bahawa pembinaan rumah baharu akan bermula pada minggu depan di tanah seluas dua hektar, dilaksanakan oleh kementerian kerja awam dan perumahan awam. Penempatan semula akan mengutamakan mangsa yang rumah mereka rosak teruk akibat gegaran dan terletak di kawasan yang dilarang oleh agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik daripada dibina semula, menurut Suharyanto.

    Sejumlah 200 unit rumah akan dibina di lokasi baharu itu, beritahu Herman Suherman, Ketua Pentadbiran Daerah pada sidang media.

    Untuk rumah yang telah pun rosak teruk tetapi masih boleh dibina semula di lokasi asal, Suharyanto berkata kerajaan akan menyediakan bantuan kewangan sehingga 50 juta rupiah untuk tujuan tersebut.

    Kerajaan akan memperuntukkan 25 juta rupiah kepada mangsa gempa bumi di mana rumah mereka rosak akibat gempa dan 10 juta rupiah kepada mangsa dengan rumah mereka hanya mengalami kerosakan ringan. – Xinhua

    Gambar udara menunjukkan pekerja (kiri) menggunakan jentera berat untuk mengalihkan tanah ekoran tanah runtuh yang dicetuskan gempa berdekatan Cianjur pada 22 November lalu. Angka kematian telah meningkat kepada 321 kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...