Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    ‘Rumah dan kereta mewah’ Irwansyah disita

    Adik kepada pelakon terkenal Indonesia, Irwansyah iaitu Hafiz Fatur kini menjadi buruan polis kerana disyaki melakukan jenayah penyelewengan wang.

    Memetik laporan Liputan 6, pelakon tersebut menjadi salah seorang mangsa apabila Hafiz Fatur memalsukan dokumen dan tandatangan untuk membuat pinjaman wang berjumlah 2 bilion Rupiah (RM600,000) daripada bank.

    Dokumen tersebut ialah surat tanah dan kenderaan mewah milik suami Zaskia Sungkar.

    “Anak guam kami terkejut apabila sebuah bank menghantar bil ke rumahnya mengatakan Irwansyah tidak membayar ansuran berkaitan pinjaman wang di bank berkenaan. Dia terkejut bagaimana boleh dibilkan walaupun tidak pernah membuat pinjaman.

    “Setelah disemak, saya dapati banyak surat yang mengesyaki Hafiz memalsukan tandatangan Irwansyah dan Zaskia Sungkar atas kepentingannya untuk meminjam wang daripada bank. Pinjaman itu berjumlah Rp1 hingga Rp2 bilion,” kata peguam mewakili Irwansyah, Muhammad Zakir Rasyidin.

    Irwansyah dan isterinya terkejut, apabila mereka menerima tuntutan bayaran berjumlah yang banyak sedangkan tidak pernah membuat sebarang pinjaman.

    Terkilan dengan perkara itu, Irwansyah akhirnya membuat laporan kepada pihak polis Polres Metro Jakarta Selatan pada 19 November lalu.

    “Akhirnya pada November lalu, sebagai peguam, saya membuat laporan di Polis Jakarta Selatan berhubung pemalsuan surat.

    “Sebab yang kami dapati adalah perjanjian kredit, surat pelepasan hak, kemudian ada surat penyata dengan tandatangan Zaskia dan Irwansyah. Tetapi Irwansyah tidak pernah berjumpa pihak bank,” katanya. – Agensi

    Irwansyah dan isterinya terkejut apabila mereka menerima tuntutan bayaran berjumlah yang banyak daripada bank walaupun mereka tidak pernah membuat pinjaman. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...