Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Sebuah rumah dua tingkat musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Ratan, Labi pada malam 17 Mac lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, lapan orang anggota bomba dan penyelamat berserta dua buah jentera dari Balai Bomba Labi dan Balai Bomba Sungai Liang yang diketuai oleh pegawai mengetuai Pasukan A, Balai Bomba Labi, ASO Ermi Hasbullah, berkejar ke tempat kejadian pada pukul 7:57 malam.

    Kenyataan menyatakan bahawa rumah dua tingkat yang diperbuat daripada kayu dan beratapkan spandik telah terbakar keseluruhannya.

    Anggota bomba dan penyelamat segera bertindak memadamkan kebakaran rumah berkenaan dengan air diperoleh dari tangki jentera bomba dan pili-pili bomba yang berdekatan.

    Kenyataan juga menyatakan bahawa api berjaya dikawal daripada merebak dan tidak ada korban jiwa dilaporkan dengan punca serta anggaran kerugian kejadian berkenaan masih dalam siasatan.

    JBP menyarankan orang ramai supaya memastikan kediaman mereka dilengkapi dengan peralatan keselamatan iaitu alat pemadam api ringan jenis debu kering 2 kilogram dan selimut api, memastikan menutup mana-mana suis peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan rumah serta untuk memastikan penyelenggaraan wayar elektrik dikendalikan oleh syarikat yang bertauliah mengikut piawaian yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

    Orang ramai juga disarankan jika berlaku sebarang insiden kecemasan untuk menghubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

    Sebuah rumah dua tingkat musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Ratan, Labi pada malam 17 Mac lalu. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda