Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Rumah futuristik tumbang ketika dilancar

    COLON, PANAMA, 23 SEPT – Model rumah mewah futuristik di pantai Caribbean Panama tenggelam semalam apabila prototaip SeaPod yang bertenggek pada tiang di atas air condong dan tumbang pada dok bersebelahan semasa diperkenalkan kepada media sempena pelancaran model tersebut.

    Syarikat pemaju Ocean Builders berkata dalam satu kenyataan bahawa rumah putih moden itu mula ‘goyah’ pada akhir acara pelancaran. Ia berkata tidak ada sesiapa yang cedera dan punca ia tenggelam masih dalam siasatan.

    Rumah itu mengingatkan kepada kapal angkasa yang terletak di atas air dan memaparkan pemandangan luas dari deretan tingkap. – AP

    Prototaip SeaPod Eco, rumah futuristik pertama yang dibina di atas air, diperkenalkan kepada media di Linton Bay Marina, Panama pada 22 September. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...