Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Rumah judi: Seorang didenda $70,000, lima kena $1,000

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OGOS – Mahkamah Majistret, di sini, hari ini memerintahkan lima lelaki dan seorang wanita membayar denda, atau berdepan hukuman penjara, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka.

    Kes itu dikaitkan dengan serbuan ke atas sebuah rumah judi di Kampung Kiarong, baru-baru ini.

    Seorang defendan, 41, Koh Ing Chong yang merupakan warga Malaysia telah diperintahkan membayar denda berjumlah $70,000 atau penjara 16 bulan jika gagal membayarnya, kerana menguruskan tujuh mesin perjudian di rumah judi tersebut.

    Sementara itu, Majistret Kanan Pengiran Hazirah binti Pengiran Haji Mohd Yusof memerintahkan lima defendan untuk membayar denda $1,000 setiap seorang, atau penjara sebulan jika gagal membayar, kerana bermain di rumah perjudian itu.

    Defendan-defendan tersebut ialah tiga warga Malaysia, Hah How Wei berusia 40 tahun, Kasim Ting bin Mosli Ting berusia 39 tahun dan Tiong Hia Kai berusia 56 tahun, seorang penduduk tetap, Chong Yun Kiong berusia 41 tahun dan seorang wanita warga Indonesia, Bun Su Chiang berusia 37 tahun.

    Pendakwaraya Nurul Husna Aqilah binti Haji Abidin mendedahkan di mahkamah bahawa Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah melakukan serbuan ke rumah itu pada pukul 4:10 petang, 29 Ogos lalu.

    Ia membawa kepada penahanan enam defendan tersebut dan mendapati tujuh mesin perjudian bersama-sama dengan barangan lain yang berkaitan dengan perjudian.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...