Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Rumah kayu roboh, penghuni selamat

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Sebuah rumah kayu di kawasan Kampung Burong Pingai Ayer roboh dalam kejadian yang berlaku pada petang 25 September lalu, dengan semua penghuni berjaya keluar dan dalam keadaan selamat.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, lima orang anggota dari Balai Bomba Pelancaran telah dikerahkan ke tempat kejadian pada pukul 3:59 petang.

    Setibanya di tempat kejadian, anggota bomba mendapati rumah yang diperbuat daripada kayu, beratapkan spandik dan tiang konkrit dengan ukuran panjang 20 meter dan lebar tujuh meter itu telah roboh keseluruhannya.

    Penghuni rumah telah keluar sebelum perahu bomba sampai dan semuanya dalam keadaan selamat.

    Anggota bomba bertindak membantu mengeluarkan barang-barang kepunyaan penghuni rumah.

    Sehubungan itu, JBP menyarankan orang ramai agar memastikan tempat kediaman dalam keadaan selamat dengan membuat pemeriksaan pada struktur rumah bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

    Sebuah rumah kayu kelihatan separuh di dalam air selepas roboh semasa kejadian di Kampung Burong Pingai Ayer baru-baru ini.
    Keadaan rumah yang roboh di Kampung Burong Pingai Ayer pada 25 September lalu.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...