Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Rumah kayu satu tingkat musnah dijilat api

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Sebuah rumah satu tingkat yang diperbuat keseluruhannya daripada kayu telah musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran di Kampung Kapok, Jalan Muara, malam kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, hari ini, seramai 12 anggota dari Balai Bomba Muara dengan bantuan jentera bomba dari Balai Bomba Beribi yang diketuai oleh Pemangku ASO Pengiran Mahidi bin Pengiran Haji Mat Salleh telah dikejarkan ke tempat kejadian pada pukul 8:36 malam.

    Kenyataan menyatakan bahawa rumah berukuran 25 meter panjang dan 17 meter lebar yang diperbuat keseluruhannya daripada kayu dan beratapkan zink itu telah terbakar keseluruhannya.

    Anggota bomba dan penyelamat segera bertindak memadam kebakaran dengan api berjaya dikawal daripada merebak.

    Menurut JBP, punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan dan tidak ada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian berkenaan.

    Pegawai bomba yang hadir semasa kejadian itu ialah Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi A, SFR Pengiran Haji Asmali bin Pengiran Haji Ahmad dan Stesen Komander Balai Bomba Muara, SO Murni bin Haji Misir berserta pegawai bomba Cawangan Operasi A.

    Kelihatan tiang rumah kayu yang terbakar dalam kejadian di Kampung Kapok, Jalan Muara. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...