Friday, September 30, 2022
23.3 C
Brunei

Rumah lelaki terkaya India disiasat

-

MUMBAI, 2011 – Orang terkaya India Mukesh Ambani berhadapan kemungkinan siasatan persekutuan ke atas pembinaan kediaman mewah 27 tingkatnya, salah satu kediaman peribadi paling mahal di dunia.

Kerajaan negeri Maharashtra mempertimbangkan sama ada penyiasat persekutuan mesti menyiasat pemilik bagi ketaksekatan ke atas penjualan tanah di mana kediaman itu dibina, media India melaporkan.

Pengerusi Reliance Industries yang menurut majalah Forbes adalah lelaki ke sembilan terkaya di dunia dengan kekayaan berjumlah AS$2.7 bilion, pindah ke menara 570 kaki tahun lalu.

Menteri Hal Ehwal Minoriti dan Wakaf Maharashtra, Mohammed Arif Naseem Khan memberitahu perhimpunan negeri bahawa tanah seluas 4,532 meter persegi itu pada asalnya diperuntukkan bagi pendidikan kanak-kanak Islam.

Wakaf dalam undang-undang Islam adalah hartanah atau tanah yang dikhaskan bagi tujuan keagamaan atau amal.

Tanah itu dijual kepada Ambani oleh Currimbhoy Ebrahim Khoja Orphanage Trust dengan harga 215 juta rupee pada tahun 2202, menteri itu berkata.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China: Tiada siapa berhak guna veto nasib rakyat Palestin

BEIJING, 29 SEPT - China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi...
- Advertisment -