Rumah musnah dalam kebakaran hutan

NILAND, CALIFORNIA, 30 JUN – Satu kebakaran hutan memusnahkan rumah dan memaksa pemindahan penduduk tatkala ia melanda luar bandar California Selatan berhampiran Laut Salton, kata pihak berkuasa semalam.

Kebakaran meletus pada petang Ahad di Niland, komuniti pertanian yang kecil dan miskin kira-kira 100 batu dari San Diego.

Kerosakan masih dinilai tetapi anggaran sekarang adalah 20 buah rumah telah dimusnahkan dan kira-kira 130 orang kehilangan tempat tinggal, kata Linsey Dale, jurucakap untuk Daerah Imperial.

Palang Merah Amerika Rantau California Selatan berkata ia berusaha menyediakan tempat perlindungan kepada penduduk.

“Keadaan amat teruk di kawasan itu sekarang,” kata Dale.

Niland, dengan 1,000 penduduk, terletak di utara kawasan pertanian yang terbentang dari selatan ke sempadan AS-Mexico.

Api dimarakkan oleh angin kencang, justeru memaksa pemindahan semua penduduk bandar.

Setiap trak bomba tempatan dan anggota bomba memberikan respons terhadap kebakaran. – AP

Gambar yang dikeluarkan Jabatan Bomba El Centro menunjukkan kebakaran hutan di kawasan Niland, California. – AP