Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Rumah pekerja ranap kebakaran di Jerudong

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OGOS – Sebuah rumah pekerja dan dua buah kereta musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Jerudong, pada pagi 20 Ogos lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, seramai 11 orang anggota dari Balai Bomba Jerudong dan dua orang dari Balai Bomba Rimba yang diketuai oleh ASO Saini bin Gapor telah dikerahkan ke insiden kebakaran rumah itu pada pukul 7:52 pagi.

    Apabila anggota bomba dan penyelamat tiba, didapati api besar membakar hampir keseluruhan rumah pekerja ladang berukuran 18 meter panjang dan 10 meter lebar itu.

    Anggota bomba dan penyelamat segera bertindak memakai alat pernafasan dan memadam kebakaran menggunakan dua aliran hos sebanyak 10 batang.

    Kejadian berkenaan telah memusnahkan keseluruhan rumah dan dua buah kereta di mana api dapat dikawal dalam masa kira-kira 5 minit dengan punca serta anggaran kerugian masih dalam penyiasatan namun tiada korban jiwa dilaporkan.

    JBP menyarankan orang ramai untuk memastikan kediaman mereka dilengkapi dengan peralatan keselamatan iaitu alat pemadam api ringan jenis debu kering 2 kilogram dan selimut api serta memastikan menutup mana-mana suis peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan rumah.

    Mereka juga disarankan untuk jangan sesekali meninggalkan masakan di dapur tanpa diawasi dan jika terdapat kebocoran pada gas supaya memastikan untuk membuka jendela dan pintu bagi pengudaraan serta untuk memastikan penyelenggaraan wayar elektrik dikendalikan oleh syarikat yang bertauliah mengikut piawaian yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

    Rumah pekerja yang musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Jerudong, pada 20 Ogos lalu. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...