Rumah penjagaan bagai penjara bagi warga emas

PARIS – Untuk lawatan pertama yang dibenarkan dalam lebih dari enam minggu dengan ibunya yang berusia 80 tahun, Sabrina Deliry menyediakan beberapa buah pilihan lagu kegemarannya, dan antara lagu kegemaran Eidth Piaf itu adalah ‘La Vie en Eose’.

Kemudian, di rumah penjagaan di Paris di mana ibunya telah merasa kesunyian di biliknya, rasa seperti di penjara dan sengsara tanpa cahaya melihat matahari, angin yang meniup rambutnya atau pelukan lembut anak perempuannya, mereka mendengar lagu Perancis tersebut bersama-sama.

“Ketika dia memeluk saya,” Piaf meraung.

Dengan ibu dan anak terpaksa duduk 1 meter berjauhan, tidak dapat memeluk atau berpegang tangan semasa lawatan setengah jam di rumah yang mempunyai pagar kecil di tamannya.

Bilakah mungkin Sabrina boleh kembali memeluk ibunya, Patricia? Tiada seorang pun mampu untuk menjawabnya. Tidak dalam masa terdekat ini.

Marguerte Mouille, 94, melambai anak perempuannya yang sedang mengambil fotonya ketika dalam lawatan di rumah penjagaan Kaisesberg. membuat lawatan memberikan perasaan pahit manis kerana terlalu singkat dan tersekat untuk menebus masa pengasingan berminggu-minggu. – AP
Sabrina Deliry bercakap ketika berada di apartmennya di Paris, sebelum mengadakan lawatan berjumpa dengan ibunya selepas dibenarkan oleh kerajaan buat kali pertama sejak di dilarang sejak awal bulan Mac. – AP

Monique Hement, 65, mengucapkan selamat tinggal kepada adiknya ketika di pusat penjagaan Kaysersberg. Kerajaan Perancis menyekat lawatan ke rumah penjagaan kerana lebih satu per tiga dari 21,300 kematian dilaporkan terjadi di tempat tersebut. Kini kerajaan telah membenarkan membuat lawatan. – AP

Bahkan sebelum banyak perniagaan kembali hidup atau kesibukan di sekolah, Perancis mula membenarkan membuat lawatan ke rumah penjagaan dengan ketat pada minggu ini, mengangkat sekatan ketat tiada pengunjung semasa perintah berkurung yang masih gagal untuk mengelak arus kematian koronavirus di kalangan warga emas di rumah-rumah penjagaan orang-orang dua.

Bagi sesetengah orang, melawat orang tua mereka memberikan kegembiraan dan rasa lega.

“Saya tahu betapa pentingnya semua ini baginya,” Christoper Cronenberger berkata selepas melawat ibunya yang berusia 87 tahun, Germaine, dengan meja yang luas dan pita plastik berwarna putih dan merah di antara mereka.

“Kami mempunyai telefon dan ibu saya masih lagi jelas. Kami bercakap melalui telefon setiap hari. Saya tahu dia dalam keadaan sihat tetapi melihatnya sendiri adalah lebih baik,” katanya.

Tetapi bagi yang lain, membuat lawatan memberikan perasaan pahit manis. Lebih baik dari tidak berjumpa, tetapi tidak boleh terlalu rapat. Lagipun bagaimana berjumpa hanya beberapa minit, duduk di meja dengan topeng muka, dapat menebus banyak hari yang telah tertinggal?

Sabrina dan Patricia bercakap melalui telefon tidak lama setelah mereka mengucapkan selamat tinggal dan ibunya kembali semula ke dalam biliknya seorang diri dengan kerusi roda bermotornya, memberikan lambaian terakhir.

“Menghalang kami daripada berjumpa anak kami sendiri adalah satu jenayah,” katanya. “Mereka menunggu kami untuk mati sebelum mereka menghantar kami kepada anak-anak kami.”

Lawatan tersebut, katanya, ‘membuatkan saya seperti mahu hidup kembali’.

Dengan virus tersebar di seluruh Eropah, dan negara-negara yang paling teruk terjejas – Itali, Sepanyol, Britain, Perancis – telah melarang membuat lawatan ke rumah-rumah penjagaan untuk melindungi orang-orang tua, beberapa buah negara turut melakukan perkara yang sama.

Virus tersebut mempunyai gejala yang ringan dan sederhana bagi kebanyakan orang, tetapi ia boleh menjadi lebih bahaya kepada orang-orang tua dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan. Rumah-rumah orang tua telah dilanda teruk di seluruh dunia. Di Perancis, lebih satu per tiga dari 21,300 kematian dilaporkan terjadi di rumah-rumah penjagaan.

Sekarang membuat lawatan telah dibenarkan semula, gambaran penderitaan yang lebih lengkap mula timbul. Presiden Perancis Emmanual Macron telah mengambil maklum. Dia telah mengetuai desakan pada bulan Mac untuk menutup rumah sebelum seluruh negara memohon secara terbuka agar orang ramai menghentikan untuk mengunjungi saudara-mara mereka yang sudah tua sebelum dia memerintahkan Perancis menjalankan perintah berkurung dari 17 Mac.

Minggu ini, Macron retweet satu temu bual yang menyedihkan dengan seorang penduduk di pusat penjagaan berusia 96 tahun, Jeanne Pault, mengadu sambil menangis mengenai tersebut di dalam biliknya, tidak menerima sebarang lawatan daripada suami dan keluarganya.

“Saya terkurung di sini sepanjang hari. Ini bukanya hidup,” katanya. “Jiran saya tidak menjangkiti virus. Sama seperti saya. Kami boleh berjumpa dari semasa ke semasa, berbual sedikit.”

Dalam tweetnya, Macron menulis: ‘Puan, derita anda sangat mengharukan kami semua. Untuk anda, bagi kesemua warga emas yang berada di rumah penjagaan atau penempatan, lawatan daripada orang yang tersayang kini dibenarkan. Sentiasa dengan satu keutamaan: untuk melindungi anda.”

Sabrina antara orang yang percaya rumah penjagaan yang ditutup bukan untuk menjaga penduduknya tetapi menghalang keluarga dari mengetahui apa yang berlaku di dalamnya.

“Ia membuat saya meluat,” katanya. “Ibu bapa kami yang berada di sebalik dinding, ibu saya, ayah kami. Mereka tidak mempunyai hak untuk menghalang kami seperti ini.”

“Saya akan berjuang,” janjinya kepada ibunya dalam perbualan melalui telefon. “bercakap secara jujur, ibu mempunyai dua pilihan, sama ada mati disebabkan oleh COVID atau akan menjadi seperti sayur.”- AP