WASHINGTON, 22 Feb – Rumah Putih sedang menimbang mengenakan sekatan tambahan ke atas Rusia, kata pegawai kanan pentadbiran semalam, menolak dakwaan mengatakan Donald Trump bersikap lembut terhadap Moscow.
Bercakap dengan syarat namanya tidak disiarkan, pegawai berkata satu ‘pasukan petugas’ telahpun ditubuhkan untuk mengatasi campur tangan dalam pilihan raya kongres 2018 dan kerja-kerja sedang dilancarkan untuk memperkenalkan lebih banyak sekatan sebagai respons terhadap kempen Moscow 2016.
Memaparkan satu langkah yang berpotensi memberi kesan meluas, seorang pegawai kanan pentadbiran berkata mereka telahpun mengingatkan kerajaan di seluruh dunia bahawa mereka mungkin menghadapi sekatan atas ‘urus niaga penting’ dengan tentera Rusia. – AFP