Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rumah ranap dijilat api

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    SERIA, 18 April – Sebuah rumah setinggan ranap dalam kejadian kebakaran yang berlaku lewat petang kelmarin di kawasan Kampung Baru, di sini, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana penghuni tiada di rumah semasa kejadian.

    Balai Bomba Seria, dalam laporannya hari ini menyatakan bahawa mereka telah menerima panggilan tentang kejadian kira-kira pukul 6:02 petang dan telah mengerahkan seramai 14 orang anggota bomba dan penyelamat bersama tiga buah jentera bomba dengan diketuai oleh Timbalan Pegawai Balai, Stesen Komander Balai Bomba Seria, Awang Mohd Ali bin Hassan.

    Menurut pihak bomba, api telah marak semasa mereka tiba di tempat kejadian dan meranapkan keseluruhan rumah kayu miliki oleh Dayang Gulang anak Rampai, 41, yang memberitahu semasa kejadian dia dan ahli keluarga tiada di rumah.

    Api berjaya dikawal dalam masa kira-kira enam minit dan kerja-kerja memadam api dan sebagainya mengambil masa kira-kira dua jam.

    Punca dan anggaran kerugian akibat kejadian itu masih dalam siasatan.

    Sebuah rumah setinggan di Kampung Baru Seria ranap dijilat api dalam kejadian lewat petang kelmarin.
    Sebuah rumah setinggan di Kampung Baru Seria ranap dijilat api dalam kejadian lewat petang kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda