ICELAND – Di kawasan lembah Thjorsardalur di dataran tinggi di selatan Iceland, kelihatan daun hijau semakin terang dan mula subur di atas sebuah bangunan yang berwarna coklat di mana baru-baru ini struktur itu ditutup dengan selimut salji yang sangat tebal.
Rumput hijau tersebut memenuhi sebahagian besar bumbung bangunan tersebut yang terletak di tengah-tengah ladang yang luas tidak juah dari gunung berapi Hekla.
Apa yang pasti, itulah rumah rumput Iceland, yang menggabungkan seni bina dengan persekitaran semula jadi sekeliling dan ia merupakan contoh asli tradisi seni bina tempatan yang telah diperkenalkan oleh penerokaan Nordik pertama pada abad kesembilan.
Disebabkan kekurangan pokok di Iceland, rumput menjadi bahan binaan yang terkenal dan dinding rumput tebal sangat bermanfaat bagi melindungi penghuni daripada cuaca sejuk. “Kami tidak mempunyai jumlah pokok yang banyak. Apa yang pasti, rumah ini adalah mudah dan murah untuk disewa malah ia juga masih berfungsi dengan baik,” jelas Olivera Ilic, pengembara sejarah Viking yang mengetuai satu projek bagi mengekalkan tradisi Iceland ini.
Bersumber bahan alam semula jadi
Dipotong dari kawasan bukit yang berdekatan, rumput yang dipotong itu kemudian diletakkan ke dinding kayu yang diperolehi daripada kayu api atau kayu yang diperolehi melalui perdagangan dan dilekatkan di situ. Penggunaan batu konkrit juga digunakan bagi membina rumah tradisional ini.
Gaya rumah tradisional ini berbeza-beza namun ada juga pemerhati mengatakan bahawa kebanyakan rumah tradisional ini adalah sama, kata Eyjolfur Eyjolfsson, yang tinggal di dataran Austur-Medalholt berdekatan dengan Selfoss, di selatan Iceland. Di kawasan ini, empat buah rumah yang dikelilingi dengan rapi dilitupi dengan lapisan rumput yang sangat tebal.
Perkampungan tradisi
Ladang yang sudah wujud sekitar abad ke-19 itu kini berfungsi sebagai sebuah muzium di mana terdapat papan tanda yang berbunyi, ‘Where Nature is Part of The House.’ Rumah rumput itu merupakan seni bina yang sangat harmoni dengan persekitaran alam semula jadi, kata Eyjulfsson, seorang pemuzik dan penggiat seni sastera rakyat berusia 39 tahun. “Rumah rumput itu dibina dengan menggunakan bahan pembinaan yang sangat mudah untuk diperolehi namun dalam masa yang sama ia bukanlah bahan yang sangat baik,” katanya kepada media.
Dengan keadaan cuaca yang sangat buruk di Iceland, rumah rumput perlu dibina semula setiap 20 tahun, walaupun ada sesetengah rumah rumput yang boleh bertahan sehingga 70 tahun.
Pada tahun 1910, terdapat kira-kira 5,500 rumah rumput di kawasan ladang-ladang desa di Iceland, menyumbang lebih separuh daripada kesemua kediaman, menurut ahli sejarah. Pada hari ini, hanya sebahagian kecil daripada 249 kediaman yang telah didaftarkan pada tahun 1960 masih lagi wujud, tidak didiami namun masih lagi dipelihara sebagai tapak warisan budaya dan dijadikan sebagai muzium.
Rumah tradisional Iceland ini masih lagi diamalkan di Iceland, walaupun hanya terdapat beberapa tukang yang terlatih dalam membina rumah rumput ini dan dipelajari dari generasi sebelumnya. Mengekalkan rumah ini adalah seperti satu perniagaan yang sangat membosankan.
“Kami terus mencuba bagi memastikan ia sebagai sesuatu yang tulen dengan sebaik yang mungkin. Kami mahu membina rumah rumput ini dengan cara yang lama namun akan memakan masa yang terlalu lama,” kata Ilic.
Sejak tahun 2011, Iceland menempatkan sekitar 14 buah rumah rumput dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO, yang bermaksud bahawa ia layak untuk pengiktirafan pada masa yang akan datang. – AFP