Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rumah santai tepi tasik

    RUMAH tepi tasik ini merupakan sebuah kediaman persendirian untuk bersantai pada hujung minggu, digelar Blue Lake Retreat, direka oleh Arkitek Lake Flato, ia terletak di Texas, Amerika Syarikat.

    Mendapat pengiktirafan daripada Institut Arkitek Amerika, iaitu antara 10 rekaan rumah terbaik tahun ini, ia menonjolkan rekaan jelasnya, seni bina yang sesuai diterapkan di tepi tasik.

    Dengan kedudukan ketinggian rumah berkenaan setinggi tiga tingkat, ia menawarkan pemandangan hampir 180 darjah di seluruh tasik berkenaan, dengan ruang tamunya ditempatkan di tingkat atas.

    Sementara lantai ketiga menghadap ke utara yang menawarkan pemandangan meluas tasik itu, pemandangan di belakang dan tepi yang terbuka pula memberi suatu suasana pandangan alami landskap kehijauan hutan asli.

    Menekankan dua keunikan permukaan bumi unik yang tidak seiring – air dan daratan tepi pergunungan – jambatan julur di lantai ketiga menuju ke tasik dengan sebuah jambatan pengukuh di tepi bukit, menghubungkan rumah kepada landskap sekitarnya.

    Memiliki empat bilik tidur berasingan di lantai kedua, semuanya akses kepada ruang luaran, membolehkan para tetamu meluangkan masa di luar dan menikmati suasana dan menghargai masa santai jauh daripada kesibukan bandar. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda