Rumah tangga Izreen Azminda dan Ude goyah?

Kelibat pelakon Izreen Azminda dan suaminya Ude Wahid di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur baru-baru ini menimbulkan spekulasi mengenai situasi rumah tangga mereka.

Kehadiran Izreen yang berjubah dan bertudung hitam bersama suaminya membuatkan ada pihak tertanya-tanya apakah tujuan mereka hadir ke mahkamah berkenaan?

Laman mstar berjaya mendapatkan Izreen untuk mengetahui teka-teki kehadiran mereka itu.

Bagimanapun, Izreen ketika dihubungi mstar menafikan perkahwinan mereka sedang dilanda badai.

Izreen berkata dia dan suami hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan urusan denda yang dikenakan mahkamah kerana berpoligami tanpa kebenaran pada awal pernikahan mereka ketika Ude masih lagi menjadi suami kepada Intan Liana Saleh.

“Kami ke mahkamah hanya untuk membayar denda nikah. Tiada urusan lain.

“Jangan salah anggap, kami okey saja,” katanya kepada mstar bagi menjawab teka-teki itu.

Izreen, 35, berkahwin dengan Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid, 32, pada 8 Ogos 2017 secara rahsia yang ketika itu Ude masih bergelar suami kepada Intan Liana.

Pada 22 Mac 2018, Ude bagaimanapun menceraikan Intan selepas lima tahun berkahwin.

Ude dan Intan mempunyai dua anak iaitu Arish Muqri, 5, dan Ariq Muqri yang berusia tiga tahun.

Manakala Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun bercerai pada 2014 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar yang berusia tujuh tahun.

Hasil perkahwinan Izreen dan Ude pula, mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Aaron Ibrahim yang kini berusia satu tahun. – Agensi

Izreen memberitahu bahawa dia dan suaminya hadir ke mahkamah syariah hanyalah untuk membayar denda nikah. – Agensi