Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Rumah tangga Sule retak?

    Desas-desus keretakan rumah tangga pelawak dan pengacara Sule bersama isterinya Nathalie Holscher akhirnya terjawab apabila Pejabat Agama Daerah Cikarang Indonesia mengesahkan pasangan itu bakal bercerai.

    Dalam satu kenyataan seperti yang dipetik dari Liputan 6, permohonan cerai telah dibuat oleh Nathalie sendiri pada 3 Julai dan kes mereka bakal dibicarakan 20 Julai nanti.

    “Berdasarkan senarai pendaftaran, memang ada permohonan cerai atas nama kedua-dua mereka. Permohonan dibuat oleh isteri.

    “Pihak mahkamah dalam proses memanggil mereka untuk perbicaraan yang dijangkakan pada 20 Julai ini.

    “Selain permohonan cerai, Nathalie juga membuat permohonan hak penjagaan dan nafkah anak mereka,” jelas wakil pejabat tersebut.

    Sementara itu Nathalie pula enggan mengulas lanjut tentang permohonan cerai tersebut.

    “Mohon yang terbaik sahaja. Saya belum boleh memberi sebarang komen,” ujarnya.

    Sule yang merupakan bapa kepada penyanyi Rizky Febian mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Nathalie pada November 2020 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Adzam Adrsiansyah Sutisna.

    Dia sebelum itu pernah berkahwin dengan Lina Jubaedah dan mempunyai tiga orang anak lagi selain Rizky. – Agensi

    Sule dikatakan bakal bersama isterinya, Nathalie Holscher bakal bercerai. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...