Rumah terbakar, 97 kucing terselamat

PERINTON, NEW YORK, 17 JAN – Hampir 100 ekor kucing berjaya diselamatkan daripada kebakaran rumah di bandar di luar Rochester, New York, menurut kumpulan perlindungan haiwan.

Pusat perlindungan Lollypop Farm telah diberitahu bahawa 70 ekor kucing tinggal di pusat Perinton apabila ia terbakar.

Namun pekerjanya berjaya menyelamatkan 97 kucing pada Khamis, lapor akhbar Democrat and Chronicle.

Kebanyakan kucing mengalami masalah pernafasan akibat terhidu asap, kata Persatuan Humane Rochester, dan ia tidak jelas sama ada kesemuanya akan hidup. – AP

Gambar menunjukkan salah seekor daripada 97 kucing yang diselamatkan daripada kebakaran rumah di Perinton, New York baru-baru ini. – AP