Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rumah terbakar di Kampung Pudak

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 April – Sebuah rumah kosong di Kampung Pudak ranap dalam kejadian kebakaran yang berlaku kira-kira 12 tengah hari kelmarin.

    Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 12:10 tengah hari dan mengerahkan empat buah perahu bomba dengan 14 orang anggota dari Balai Bomba Sungai Kebun, Balai Bomba Laut, Balai Bomba Pelancaran yang diketuai oleh DSO Mohd Arfan bin Menuddin.

    Apabila anggota bomba tiba di tempat kejadian, rumah berkenaan telah terbakar keseluruhannya dan kebakaran dapat dikawal dalam masa 5 minit.

    Punca kebakaran masih dalam penyiasatan.

    Ketika berlakunya kebakaran tersebut.
    Ketika berlakunya kebakaran tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda